Servis Waterproofing Lantai di Kuala Lumpur dan Selangor
Syarikat kami menyediakan servis waterproofing lantai yang efektif di Kuala Lumpur dan Selangor untuk rumah, kedai, kilang, ofis, dan premis komersial dengan bahan kalis air yang berkualiti pada harga berpatutan.
Dengan adanya lapisan kalis air pada lantai, ianya dapat mengelakkan air dari meresap ke dalam lantai yang boleh mengakibatkan berlakunya lantai retak, berkulapuk dan juga menghasilkan bau yang lembab.
Tanpa perlindungan yang betul, kebocoran atau masalah air yang kecil boleh menjadi kerosakan besar yang memerlukan kos pembaikian yang tinggi.
Pemasangan waterproofing lantai yang berkualiti bukan adalah satu keperluan dan pelaburan yang terbaik bagi melindungi hartanah anda dalam jangka masa yang panjang.
Jenis Servis Waterproofing Lantai Kami Termasuk:
- Waterproofing lantai bilik air
Pemasangan waterproofing lantai di bilik air dapat melindungi lantai anda daripada masalah kebocoran air dan lantai rosak.
- Waterproofing lantai balkoni
Lantai balkoni sering terdedah kepada air hujan, lapisan kalis air dapat mengelakkan air meresap ke unit bawah bagi condo dan rumah teres.
- Waterproofing lantai dapur
Waterproofing lantai jenis epoxy boleh memudahkan kerja pembersihan lantai dapur.
- Waterproofing lantai bumbung
Kerja waterproofing lantai bumbung (slab bumbung) dapat memberikan perlindungan yang maksimum daripada hujan dan panas terik dan mengurangkan risiko keretakan pada struktur bangunan.
- Waterproofing lantai permis perindustrian
Direka untuk kilang dan premis perindustrian, kerja waterproofing lantai kami dengan Epoxy flake dapat memberi ketahanan pada tekanan jentera berat, bahan kimia dan juga penggunaan yang intensif.
Kaedah Dan Teknologi Digunakan Untuk Waterproofing Lantai
- Salutan kalis air jenis membrane
Dengan menggunakan lapisan fleksibel bagi menutup permukaan lantai dengan sepenuhnya, teknik ini sesuai untuk lantai balkoni dan bumbung yang terdedah kepada air secara berterusan.
- Cementitious waterproofing
Waterproofing yang menggunakan kaedah simen adalah mudah digunakan, tahan lama dan sesuai untuk lantai bilik air.
- Salutan poliuretana kalis air
Kerja PU waterproofing jenis coating adalah elastik dan tahan retakan.
- Kaedah waterproofing jenis suntikan
Suntikan bahan kalis air khas ke dalam retakan di lantai adalah efektif untuk menghentikan kebocoran dari dalam struktur lantai.
Proses Kerja Waterproofing Lantai Kami
Langkah 1: Pemeriksaan Tapak
Tukang waterproofing kami akan memeriksa tapak dan melakukan penilaian bagi melihat tahap kerosakan. Pasukan kami juga akan mengenal pasti punca kebocoran dengan melakukan analisis.
Langkah 2: Cadangan penyelesaian
Setelah mengetahui punca kerosakan, kami akan memberikan cadangan kerja waterproofing yang sesuai mengikut keperluaan dan bajet pelanggan.
Langkah 3: Kerja persediaan permukaan
Pasukan kami akan melakukan persediaan permukaan dengan membersihkan permukaan dan membaiki kerosakan bagi memastikan pemasangan lapisan kalis air yang dilakukan akan berkesan.
Langkah 4: Aplikasi waterproofing
Lapisan waterproofing dipasang mengikut teknik yang betul dan dengan bahan yang berkualiti.
Langkah 5: Ujian ketahanan air
Setelah kerja lapisan waterproofing dipasang dan kering, kami akan menjalankan ujian ketahanan air bagi memastikan tiada sebarang kebocoran berlaku.
Kenapa Pilih Khidmat Waterproofing Lantai Kami
- Tukang waterproofing berpengalaman
Tukang waterproofing kami mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kerja waterproofing lantai rumah dan premis komersial untuk hasil yang efektif.
- Penggunaan bahan berkualiti
Syarikat kami hanya menggunakan bahan kalis air yang berkualiti supaya pelanggan kami berpuas hati dengan hasil kerja kami.
- Harga kompetitif
Kami menawarkan perkhidmatan waterproofing lantai pada harga kompetitif tanpa sebarang caj tersembunyi.
- Testimoni pelanggan
Kami mempunyai testimoni pelanggan yang positif dan berpuas hati dengan kerja waterproofing lantai dan pembaikian kebocoran air yang kami lakukan.
Kerja waterproofing lantai bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kebocoran air, tetapi adalah pelaburan yang terbaik bagi memberikan perlindungan yang maksima kepada hartanah anda pada jangka masa yang lama.
Sila hubungi kami segera bagi mendapatkan sebutharga PERCUMA untuk memulakan kerja waterproofing lantai untuk rumah, pejabat atau kedai anda hari ini.
Mengapa Pilih Tukang Rumah Serbaboleh?
Penglibatan kami yang pelbagai kerja menunjukkan bahawa kami dapat menganalisis setiap masalah rumah dengan cepat dan tepat, dan dapat memberikan pengaturan yang berkualiti dan produktif. Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
Tenaga kerja kami yang cekap di Subang Jaya, Kepong dan Ampang sentiasa bersedia melayani anda. Kami menawarkan perkhidmatan tukang rumah yang terbaik dan cekap dengan kos yang berpatutan.
Khidmat Tukang Rumah Kami
Etika Kerja Kami
- Meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai aspek utama
- Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
- Memahami keperluan pelanggan kami bergantung kepada situasi dari perspektif mereka dan memberi nasihat untuk pengaturan terbaik
- Fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan
Soalan Lazim
Berapa lama lapisan waterproofing lantai boleh bertahan?
Waterproofing lantai secara khususnya boleh bertahan selama 5 hingga 10 tahun. Ia bergantung juga pada jenis bahan kalis air yang digunakan, keadaan permukaan dan juga kekerapan penggunaan kawasan tersebut. Dengan penjagaan yang baik, jangka hayat bagi lapisan kalis air lantai tersebut boleh bertahan bertahun-tahun.
Berapakah harga untuk kerja waterproofing lantai?
Harga bagi kerja waterproofing lantai bergantung kepada keluasan kawasan lantai, tahap kebocoran air, lokasi pelanggan dan juga kaedah waterproofing akan digunakan.
Berapa lama proses untuk siapkan kerja waterproofing lantai?
Proses menyiapkan kerja waterproofing lantai selalunya mengambil masa selama 1 ke 3 hari, bergantung juga pada saiz kawasan dan tahap kerumitan kerja tersebut.
Adakah anda perlu memecahkan lantai untuk kerja waterproofing lantai?
Tidak semestinya perlu memecahkan lantai untuk kerja waterproofing lantai. Dalam banyak kerja waterproofing lantai pelanggan kami, ada juga yang boleh dilakukan tanpa hacking lantai lama.
Testimoni Pelanggan Tentang Khidmat Tukang Rumah Kami
Hubungi Kami
DNTY Resources (LA0023651-W)
Telefon
Alamat
Block A-113 PSN Desa Serdang 2,
Taman Desa Serdang, 43300,
Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 9am - 6pm
"*" indicates required fields