Baiki Water Heater di Kuala Lumpur dan Selangor

pasang-water-heater-selangor

Kami menyediakan perkhidmatan baiki water heater di seluruh kawasan Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor.

Siapakah yang anda harus cari apabila water heater anda tidak berfungsi?

Kami boleh membaiki pelbagai jenama water heater seperti Panasonic, Alpha dan Rubine. Kami juga boleh memasang unit yang baru dan juga menawarkan tips dan nasihat mengenai cara terbaik untuk menjaga sistem elektrik alat pemanas air anda.

Penyelenggaraan Sistem Water Heater

Pasukan kami mengetahui cara menjaga water heater dengan baik. Ianyanya akan memastikan air kekal panas dan kos bil elektrik anda adalah rendah.

Air panas adalah salah satu kemudahan penting yang diperlukan oleh semua orang, sama ada digunakan untuk mandi, basuh pinggan mangkuk atau kegunaan lain.

Untuk mengelakkan masalah yang serius, juruelektrik tempatan kami menawarkan penyelenggaraan biasa dan juga penyelenggaran tahunan jika anda perlu. Pekerja kami dapat mengenalpasti masalah yang ada sebelum air anda tiba-tiba menjadi sejuk pada waktu yang tidak dijangkakan.

Malangnya, kami juga tahu bahawa kadang kala anda akan menemui situasi kegagalan water heater. Kami boleh mengatur pasukan kami ke rumah anda dengan cepat untuk sebarang kerja pembaikian segera. Dari termostat yang tidak berfungsi sehingga paip bocor, kami mempunyai penyelesaian jangka panjang yang akan memastikan water heater anda sentiasa berfungsi dengan baik.

Juruelektrik dan Perkhidmatan Paip Kecemasan

Apabila sistem air panas anda rosak tiba-tiba, pasukan kami akan menyediakan servis kerja elektrik kecemasan dan paip kecemasan supaya anda akan mendapat air panas anda secepat mungkin.

Anda bukan seorang sahaja yang menghadapi masalah dengan sistem water heater elektrik. Antara sebab yang paling biasa dialami oleh pelanggan termasuk:

  • Kerosakan elemen pemanasan atau termostat
  • Masalah kabel atau pendawaian elektrik
  • Kerosakan injap pelepasan air panas
  • Kerosakan pemutus litar atau suis keselamatan
  • Paip bocor atau rosak

Kami tahu bahawa anda tidak mungkin sabar menunggu selama beberapa hari untuk kerja membaiki water heater yang rosak. Dengan ini, tanpa mengira waktu, kami menawarkan perkhidmatan 7 hari seminggu dan ini bermaksud pekerja kami boleh tiba ke rumah anda dengan cepat. Sama ada pada hari cuti umum, hari kerja atau hujung minggu, anda boleh bergantung kepada kami untuk melaksanakan tugasan ini. Ini merupakan tanggungjawab kami untuk mengurangkan beban anda ketika berlaku kecemasan.

Oleh itu, untuk penjagaan yang terbaik bagi water heater anda, hubungi kami hari ini melalui emel atau panggilan telefon. Kami bersedia untuk sebarang kerja membaiki, penyelenggaraan dan pemasangan water heater anda.

Mengapa Pilih Tukang Rumah Serbaboleh?

Penglibatan kami yang pelbagai kerja menunjukkan bahawa kami dapat menganalisis setiap masalah rumah dengan cepat dan tepat, dan dapat memberikan pengaturan yang berkualiti dan produktif. Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik

Tenaga kerja kami yang cekap di Subang Jaya, Kepong dan Ampang sentiasa bersedia melayani anda. Kami menawarkan perkhidmatan tukang rumah yang terbaik dan cekap dengan kos yang berpatutan.

Soalan Lazim

Siapakah yang akan membaiki sistem air panas elektrik anda?

Selalunya, anda memerlukan tukang paip untuk kerja pemasangan, membaiki dan penyelenggaraan. Anda memerlukan juruelektrik sekiranya:

  • Sistem elektrik air panas anda selalu mematikan pemutus litar
  • Kotak fius alat pemanas air rosak atau terlalu panas
  • Alat pemanas air anda mempunyai pendawaian yang longgar yang boleh menyebabkan butang reset tersekat

Sekiranya anda tidak pasti pihak mana yang patut dihubungi, sila telefon kami untuk mengatur tukang paip atau juruelektrik, atau mungkin kedua-duanya untuk pergi ke tempat anda.

Kenapa alat pemanas air saya tidak berfungsi?

Sistem elektrik air panas anda mungkin tidak berfungsi kerana:

  • Termostat yang rosak
  • Elemen pemanasan tidak berfungsi
  • Voltan elektrik yang mencukupi
  • Tangki simpanan anda tidak cukup besar
  • Injap suhu dan tekanan rosak
  • Tekanan air terlalu tinggi
  • Sistem terlalu panas
  • Injap tersekat
  • Tangki menghakis

Anda mestilah mempunyai juruelektrik yang berkemampuan yang akan membantu anda apabila diperlukan. Penyelenggaraan secara berkala dapat memastikan sistem air panas elektrik anda tidak akan berhenti berfungsi dengan tiba-tiba.

Berapa lama biasanya satu unit water heater dapat bertahan?

Water heater anda boleh bertahan selama 10 tahun secara purata, dan ketahanan selama 15-20 tahun juga boleh dicapai jika dijaga dengan baik.

Penyelenggaraan secara berkala akan memastikan sistem anda tahan lama dan dapat berfungsi dengan cekap. Anda juga tidak perlu mengeluarkan duit berlebihan untuk kerja membaiki alat tersebut apabila ia rosak.

Khidmat Tukang Rumah Kami

kerja-pemasangan-image

Kerja Pemasangan

tukang-paip-image

Tukang Paip

Etika Kerja Kami

  • Meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai aspek utama
  • Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
  • Memahami keperluan pelanggan kami bergantung kepada situasi dari perspektif mereka dan memberi nasihat untuk pengaturan terbaik
  • Fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan

Testimoni

“ Terima kasih kerana menghantar tukang paip dengan cepat ke rumah saya untuk memasang water heater yang baru di tandas rumah saya.”

Puan Zaiton

Hubungi Kami

DNTY Resources (LA0023651-W)

Telefon

013-324-3434

Alamat

Block A-113 PSN Desa Serdang 2,

Taman Desa Serdang, 43300,

Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat 9am - 6pm

"*" indicates required fields