Pasang Siling Kapur di Kuala Lumpur dan Selangor

pasang-siling-kapur-rumah-kl

Perkhidmatan pasang siling kapur kami di Kuala Lumpur and Selangor biasanya dijalankan di kawasan perumahan untuk rumah teres dan kondominium. Kami adalah kontraktor rumah di Lembah Klang yang boleh dipercayai dan merupakan pakar dalam kerja pemasangan dan pembaikian plaster siling.

Siling adalah bahagian rumah yang mesti akan mendapat perhatian tetamu. Kami boleh membuat siling palsu yang cantik dan bergaya untuk rumah, kondominium atau banglo anda. Kami akan menggunakan plasterboard yang berkualiti, mudah dipasang dan tahan lama.

Jenis Servis Pemasangan Siling Kapur Kami:

Siling Kapur Jenis Gypsum

Kami menggunakan papan Gypsum untuk siling kapur. Siling jenis Gipsum mempunyai ciri kalis bunyi, ringan, tahan api, fleksibel dan lembut. Papan Gipsum boleh digunakan untuk membuat siling berbentuk segi empat dan digantung dengan menggunakan rangka besi. Dengan cat baru, anda akan mendapat hasil kerja siling yang menarik dan akan lebih terserah melalui pencahayaan tambahan.

Kelebihan Siling Plaster Gipsum:

– Bahan siling fleksibel yang membolehkan ia dapat direka bentuk dengan mudah.

– Digunakan secara luas untuk tekstur, gaya lengkung atau gaya lain.

– Papan penebat haba yang sangat baik kerana ia mempunyai gentian kaca.

– Ia dapat membantu memadam api apabila berlaku kebakaran.

Kelemahan Siling Plaster Gipsum:

– Tidak sesuai untuk kawasan lembap.

– Susah dikitar semula.

Siling Kapur Jenis Paris

Siling kapur Paris atau Plaster of Ceiling (POP) adalah bahan popular yang digunakan untuk membuat siling kapur yang bergaya. POP adalah dibuat dengan memanaskan Gipsum pada suhu tertentu. Siling POP adalah kreatif dan menawarkan reka bentuk fleksibel. Ia kurang memerlukan penyelenggaraan. Siling jenis ini adalah penebat sejuk dan haba yang baik.

Kelebihan Siling Kapur Paris:

– Ia boleh dibentuk dan memberikan kemasan akhir yang licin

– Permukaan siling boleh dicat untuk tekstur tambahan mengikut keperluan pelanggan.

– Mudah dibina.

Kelemahan Siling Kapur Paris:

– Tapak kerja boleh menjadi kucar-kacir dan kotor untuk membuat siling jenis POP.

Faedah Siling Kapur:

– Pemasangan mudah – Proses pemasangan siling adalah sangat mudah kerana kami mempunyai pekerja yang mahir.

– Pencahayaan – Siling kapur akan membantu anda mencapai pencahayaan estetik mengikut reka bentuk rumah anda.

– Sembunyikan Pendawaian Elektrik – Siling kapur juga digunakan untuk memasang aircon jenis berpusat di pejabat sambil menyembunyikan paip air dan bolong. Ini menjadikan pejabat kelihatan sangat menarik kerana semua pendawaian elektrik atau paip sudah disembunyikan dengan sempurna oleh kontraktor wiring kami.

Sama ada anda memerlukan kerja pembaikian kecil pada siling palsu atau pemasangan siling kapur yang baru, kami sedia membantu anda. Pasukan kami mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam memasang siling palsu. Anda telah membuat pilihan yang betul dengan mendapatkan perkhidmatan kami. 

Pemasangan Lampu di Plaster Siling

Siling palsu tidak akan menjadi lengkap tanpa pencahayaan yang baik. Kami juga menawarkan perkhidmatan pemasangan lampu dengan pemasangan plaster siling untuk penampilan siling anda yang cantik. 

Proses pemasangan siling kapur adalah sangat mudah. Selepas mendapatkan pengesahan daripada pelanggan tentang projek ubahsuai mereka, kami akan mengambil ukuran dan terus memulakan kerja selepas membincangkan butiran dengan pelanggan. Sila telefon kami atau hantarkan mesej kepada kami untuk membincangkan keperluan siling kapur anda.

Mengapa Pilih Tukang Rumah Serbaboleh?

Penglibatan kami yang pelbagai kerja menunjukkan bahawa kami dapat menganalisis setiap masalah rumah dengan cepat dan tepat, dan dapat memberikan pengaturan yang berkualiti dan produktif. Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik

Tenaga kerja kami yang cekap di Subang Jaya, Kepong dan Ampang sentiasa bersedia melayani anda. Kami menawarkan perkhidmatan tukang rumah yang terbaik dan cekap dengan kos yang berpatutan.

Khidmat Tukang Rumah Kami

kerja-pemasangan-image

Kerja Pemasangan

tukang-paip-image

Tukang Paip

Etika Kerja Kami

  • Meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai aspek utama
  • Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
  • Memahami keperluan pelanggan kami bergantung kepada situasi dari perspektif mereka dan memberi nasihat untuk pengaturan terbaik
  • Fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan

Testimoni

“ Terima kasih untuk kerja pemasangan plaster siling di bilik tidur dan ruang tamu rumah saya di Damansara. ”

Mrs Chin

Hubungi Kami

DNTY Resources (LA0023651-W)

Telefon

013-324-3434

Alamat

Block A-113 PSN Desa Serdang 2,

Taman Desa Serdang, 43300,

Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat 9am - 6pm

"*" indicates required fields