Baiki Bumbung Bocor di Kuala Lumpur dan Selangor

baiki-bumbung-shah-alam

Kami menyediakan perkhidmatan baiki bumbung bocor untuk rumah dan tempat komersial di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor. Perkhidmatan utama kami merangkumi kerja membaiki kebocoran bumbung untuk bumbung jenis jubin, tanah liat dan logam.

Risiko Kebocoran Bumbung

Kita perlu bertindak dengan cepat apabila berlakunya kebocoran bumbung. Sekiranya anda mengalami masalah bumbung bocor, anda harus menghubungi syarikat pembaikian bumbung yang boleh dipercayai dengan segera. Bumbung anda memerlukan perhatian daripada pakar bumbung profesional secepat mungkin. Bumbung yang bocor tidak akan diperbaiki sendiri kalau kita membiarkannya dalam keadaan yang rosak. Walaupun kebocoran bumbung anda mungkin masih belum menjadi serius, anda harus membaikinya dengan segera. Kita selalu dengar daripada pemilik rumah bahawa mereka telah menyedari terdapat kesan kotor atau sedikit kesan air di siling mereka dengan lebih awal tetapi mereka menganggap keadaan tersebut tidak serius.

Tindakan mengelakkan dan mengabaikan keadaan ini tidak akan menyelesaikan masalah kebocoran di bumbung anda. Apabila anda sudah melihat kerosakan di bahagian rumah, ia selalunya sudah terlambat. Elakkan daripada melakukan pembaikian yang sangat mahal atau menggantikan keseluruhan bumbung. Kami ingin memastikan bahawa anda semua selamat dari segi risiko kesihatan dan keselamatan yang disebabkan oleh kerosakan bumbung.

Kebocoran bumbung biasanya merupakan tanda bahawa terdapat masalah yang jauh lebih besar. Kemungkinan berlakunya penghakisan struktur dan rumah juga akan menjadi bahaya jika masalah bumbung tidak ditangani. Kebocoran bumbung adalah masalah yang serius dan pemeriksaan berkala adalah tindakan terbaik untuk mengelakkan berlakunya kebocoran bumbung. Sentiasa perhatikan keadaan bumbung anda, jika terdapat sebarang kebocoran, sila berbincang dengan kontraktor bumbung anda yang boleh dipercayai dengan kerap.

Cara Mengesan Bumbung Bocor

Terdapat tanda-tanda tertentu yang boleh membantu anda mengenal pasti sama ada terdapat masalah kebocoran bumbung:

– Kesan air di siling atau dinding

– Kebocoran air atau air bertakung

– Terdapat pertumbuhan kulat

– Drywall yang rosak

– Perabot yang rosak

Terdapat tanda-tanda lain seperti bau hapak di seluruh bilik atau rumah, atau masalah elektrik. Namun, jika anda tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan bumbung sebelum ini, anda mungkin sukar dapat perhatikan tanda-tanda ini. Syarikat kami dapat membantu anda melakukan pemeriksaan berkala dan menawarkan perkhidmatan pembaikian kecemasan untuk bumbung anda. Kami akan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan memberi penyelesaian untuk memperbaiki bumbung anda agar ia dapat berfungsi seperti biasa.

Cara terbaik untuk menjaga bumbung di Lembah Klang adalah dengan penyelenggaraan berkala dan membaikinya dengan cepat sekiranya terdapat masalah. Dengan cuaca yang selalu panas atau hujan di KL dan Shah Alam, pemeriksaan bumbung untuk sebarang kebocoran, kerosakan dan masalah lain merupakan langkah yang bijak untuk mengenal pasti jika terdapat masalah yang disebabkan oleh faktor cuaca. Sebaik sahaja berlakunya kerosakan, anda harus membaikinya dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Jika dibiarkannya, anda berkemungkinan akan memerlukan kos pembaikian yang lebih mahal atau penggantian bumbung pada masa depan/

Kontraktor bumbung kami akan membaiki kerosakan atau kebocoran bumbung anda. Kami akan mengganti bahan-bahan jika diperlukan. Kami juga akan melindungi kawasan bumbung yang terdapat kerosakan atau kebocoran air. Oleh itu, jangan membiarkan keadaan bumbung yang rosak sehingga kerosakan tersebut bertambah buruk.

Hubungi kami hari ini melalui telefon atau emel atau hantarkan mesej kepada kami agar pakar bumbung kami dapat menyelesaikan masalah bumbung anda. Kami boleh melawat tempat anda untuk melihat keadaan dan memberi sebut harga secara PERCUMA.

Mengapa Pilih Tukang Rumah Serbaboleh?

Penglibatan kami yang pelbagai kerja menunjukkan bahawa kami dapat menganalisis setiap masalah rumah dengan cepat dan tepat, dan dapat memberikan pengaturan yang berkualiti dan produktif. Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik

Tenaga kerja kami yang cekap di Subang Jaya, Kepong dan Ampang sentiasa bersedia melayani anda. Kami menawarkan perkhidmatan tukang rumah yang terbaik dan cekap dengan kos yang berpatutan.

Soalan Lazim

Apakah unsur-unsur yang menyebabkan bumbung bocor?

Kebocoran boleh disebabkan oleh pemasangan bumbung yang tidak betul. Ini merangkumi pelbagai struktur dalam bumbung. Masalah yang paling biasa dijumpai adalah pemasangan bumbung dengan bahan yang berkualiti rendah. Selain itu, tiang dan pokok tumbang boleh menyebabkan kerosakan pada bumbung.

Apakah yang harus anda lakukan sekiranya bumbung anda bocor?

Sekiranya anda mendapati terdapat air menitis dari siling atau terdapat perubahan warna di salah satu kawasan pada siling, berkemungkinan besar bahawa terdapat air berkumpul di kawasan itu. Ambil baldi, tong, atau beberapa bekas lain dan letakkan di bawah tempat titisan air atau tempat di mana anda rasa ada kebocoran.

Khidmat Tukang Rumah Kami

kerja-pemasangan-image

Kerja Pemasangan

tukang-paip-image

Tukang Paip

Etika Kerja Kami

  • Meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai aspek utama
  • Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
  • Memahami keperluan pelanggan kami bergantung kepada situasi dari perspektif mereka dan memberi nasihat untuk pengaturan terbaik
  • Fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan

Testimoni

“ Bumbung rumah kami telah bocor, terima kasih kepada pasukan anda untuk membaiki bumbung kami dengan cekap dan cepat!”

Encik Zainal

Hubungi Kami

DNTY Resources (LA0023651-W)

Telefon

013-324-3434

Alamat

Block A-113 PSN Desa Serdang 2,

Taman Desa Serdang, 43300,

Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat 9am - 6pm

"*" indicates required fields