Pasang Lantai Vinyl di Kuala Lumpur dan Selangor

 

servis-pasang-lantai-vinyl-lembah-klang

Kami menyediakan servis pasang lantai vinyl untuk rumah, pejabat, kedai dan tempat komersial di Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia. Lantai vinyl adalah pilihan lantai yang popular di Lembah Klang. Ini adalah kerana terdapat pelbagai pilihan warna dan corak lantai vinyl yang menarik dan disukai oleh orang ramai.

Kenapa Anda Anda Harus Memasang Lantai Vinyl

Selepas menimbang faedah dan keburukan memasang lantai vinyl, ramai pelanggan kami menyedari bahawa lantai vinyl ialah alternatif yang lebih baik dan ianya boleh dipasang dengan kos yang lebih rendah.

Adakah anda mempunyai masa dan tenaga yang banyak untuk membersihkan dan menjaga lantai anda? Sekiranya jawapan anda adalah tidak, anda sudah pasti ingin mengetahui informasi lebih lanjut tentang lantai vinyl.

  • Tahan lama

Lantai vinyl secara amnya dianggap sebagai bahan yang boleh tahan lama. Jika dipasang dengan betul dan dijaga dengan baik, ia boleh bertahan lebih dari sepuluh sehingga dua puluh tahun. 

Lantai vinyl mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap kebanyakan jenis kerosakan. Kualiti ini adalah salah satu sebab utama mengapa terdapat ramai yang gemar memasang lantai vinyl. Setelah pemasangan lantai vinyl di salah satu bilik, mereka selalunya akan memutuskan untuk mendapatkannya di hampir semua bilik tidur yang lain di rumah mereka. 

  • Mudah Dibersihkan dan Diselenggarakan

Kebanyakan lantai vinyl yang kami pasang adalah tidak mudah tercalar. Anda boleh mengambil kain lama dan cecair pembersihan untuk membersihkan lantai rumah dengan mudah.

  • Persekitaran Rumah Terutamanya Lantai Yang Bersih

Kerana lantai vinyl boleh dibersihkan dengan mudah, habuk dan kotoran tidak begitu mudah tersebar ke udara. Lantai vinyl adalah salah satu pilihan lantai yang terbaik terutamanya untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.

  • Corak Elegan

Kerana permintaan untuk lantai vinyl yang tinggi oleh pengguna, sekarang terdapat lantai vinyl yang kelihatan seakan lantai kayu, seramik atau batu. Anda boleh memilih lantai vinyl dalam pelbagai warna dan corak yang menarik untuk meningkatkan penampilan bilik, menjadikannya lebih moden dan elegan tanpa perlu berbelanja tinggi untuk lantai yang lebih mahal.

  • Kos Yang Berpatutan

Harga lantai vinyl adalah jauh lebih berpatutan berbanding dengan jenis lantai yang lain. 

Lantai Vinyl Berkualiti Untuk Rumah Anda

Lantai vinyl berkualiti telah menjadi pilihan yang popular untuk kediaman di Malaysia. Dengan ciri-ciri kalis air dan daya tahan yang tinggi, lantai ini menjadi pilihan lantai yang baik di kebanyakan bilik di rumah.

Pilihan lantai vinyl untuk kegunaan kediaman dan komersial yang tersedia pada masa kini adalah lebih banyak berbanding sebelum ini. Ia memberikan penyelesaian lantai yang baik untuk lantai bilik di rumah atau tempat perniagaan anda. 

Lantai vinyl sesuai untuk mereka yang mencari lantai yang kelihatan baik dalam jangka panjang di kawasan yang sibuk, di rumah yang mempunyai anak-anak kecil dan rumah yang mempunyai haiwan peliharaan. Lantai vinyl kami pasang adalah sesuai untuk kebanyakan industri, daripada hospitaliti, penjagaan kesihatan, pendidikan, dan lain-lain lagi.

Lantai vinyl adalah pilihan ideal untuk pemilik rumah yang mengingini lantai yang tahan lama, murah dan mudah dipasang. Dengan pemasangan yang betul, lantai vinyl sangat tahan terhadap kebanyakan jenis tumpahan, kotoran dan calar. Ia datang dalam pelbagai jenis tekstur, gaya dan corak, termasuk yang meniru jenis penampilan lantai lain seperti batu semula jadi atau kayu.

Hubungi kami melalui panggilan telefon atau hantarkan mesej Whatsapp kepada kami hari ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai servis pemasangan lantai vinyl yang kami ditawarkan.

Mengapa Pilih Tukang Rumah Serbaboleh?

Penglibatan kami yang pelbagai kerja menunjukkan bahawa kami dapat menganalisis setiap masalah rumah dengan cepat dan tepat, dan dapat memberikan pengaturan yang berkualiti dan produktif. Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik

Tenaga kerja kami yang cekap di Subang Jaya, Kepong dan Ampang sentiasa bersedia melayani anda. Kami menawarkan perkhidmatan tukang rumah yang terbaik dan cekap dengan kos yang berpatutan.

Khidmat Tukang Rumah Kami

kerja-pemasangan-image

Kerja Pemasangan

tukang-paip-image

Tukang Paip

Etika Kerja Kami

  • Meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai aspek utama
  • Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
  • Memahami keperluan pelanggan kami bergantung kepada situasi dari perspektif mereka dan memberi nasihat untuk pengaturan terbaik
  • Fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan

Testimoni

“ Kami telah mendapatkan servis pasang lantai vinyl untuk rumah teres baru kami di Subang Jaya. Servis berpatutan untuk pemasangan lantai vinyl berkualiti. Terima kasih”

Puan Rina

Hubungi Kami

DNTY Resources (LA0023651-W)

Telefon

013-324-3434

Alamat

Block A-113 PSN Desa Serdang 2,

Taman Desa Serdang, 43300,

Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat 9am - 6pm

"*" indicates required fields