Pasang Mozek di Kuala Lumpur dan Selangor
Dengan pengalaman yang bertahun-tahun dalam kerja pasang mozek dan jubin, pasukan kami telah terbukti sebagai pasukan terbaik dalam bidang ini di Kuala Lumpur dan Selangor. Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan lantai atau dinding mozek yang merangkumi pelbagai saiz dan kerumitan yang berlainan.
Kami berdedikasi untuk memberikan kualiti kerja yang unggul, proses pengurusan projek yang cekap, dan dapat menyiapkan kerja tepat pada masanya kepada pelanggan kami. Kami menjalankan perniagaan kami dengan profesional.
Kami menawarkan kerja-kerja pemasangan lantai mozek dan dinding secara langsung di semua permukaan dalaman dan luaran bangunan. Kami sangat mahir dalam pemasangan bahan jubin yang popular seperti jubin seramik dan jenis batu. Semua kerja kami adalah dijalankan mengikut piawaian profesional agar ia dapat memenuhi kepuasan pelanggan.
Pilihlah Perkhidmatan Kontraktor Jubin Kami:
– Berpengalaman Dalam Projek Jubin
Kami merupakan kontraktor tiling dengan pengalaman bertahun-tahun dalam menyediakan kerja pemasangan mozek untuk projek kediaman dan komersial di sekitar Petaling Jaya, Ampang dan Shah Alam. Kami berpengalaman dalam kerja-kerja pengubahsuaian jubin dan tiling untuk semua jenis bangunan termasuk flat, banglo, unit kondominium, unit komersial dan sebagainya.
– Mampu Melaksanakan Projek Pemasangan Jubin Kecil dan Besar
Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan jubin serta kerja-kerja pembaikian atau penyelenggaraan yang diperlukan di semua tempat sama ada untuk permukaan dalaman dan luaran. Projek kami termasuk kerja tiling domestik kecil hingga kerja komersial yang lebih besar.
– Kemasan Akhir Jubin Yang Berkualiti Tinggi
Dengan pekerja kami yang bekerja dalam pasukan, penyelesaian yang memenuhi permintaan pelanggan dapat diberikan. Kami komited untuk menyediakan kemasan lantai mozek berkualiti tinggi mengikut bahan pilihan anda dengan kos yang berpatutan.
– Kerja Persediaan Yang Profesional Untuk Semua Permukaan
Kami memberikan servis yang menyeluruh termasuk perobohan dinding untuk projek ubahsuai rumah. Perhatian yang terperinci mesti diberi bagi menjaga kualiti projek terutamanya dalam pengaturan susunan jubin, konsistensi, dan aplikasi pada permukaan.
Kami melakukan pemasangan lantai dan dinding mozek di semua kawasan perumahan termasuk:
- Kawasan kering (ruang tamu, bilik tidur, dan dapur)
- Kawasan basah (bilik mandi, balkoni, dan beranda)
- Tangga
Kami memahami bahawa kerja pemasangan tiling lantai atau dinding mozek yang dilakukan oleh pekerja kami adalah kemudahan yang akan digunakan oleh pelanggan setiap hari, oleh itu hasil kerja ini harus menyenangkan kehidupan anda. Untuk memastikan projek anda dirancang dan dijalankan dengan tepat mengikut spesifikasi anda, kami akan bekerjasama dengan anda dari peringkat awal sehingga ke proses terakhir. Nasihat akan diberi oleh pakar kami untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat mengikut bangunan anda.
Perkhidmatan Pemasangan Jubin Komersial Kami Termasuk:
– Bangunan Perniagaan
– Pejabat
– Galeri
– Restoran
– Gimnasium
– Kolam Renang
Proses Pemasangan Jubin Kami:
Pembuangan
Perkhidmatan yang menyeluruh disediakan termasuk pembuangan dan pelupusan jubin lama.
Persediaan
Semua permukaan lantai atau dinding akan disediakan secara profesional sebelum proses pemasangan untuk memastikan kualiti dan ketahanan mozek.
Kawasan Basah
Kami menyediakan pemasangan mozek di kawasan basah dengan menggunakan bahan kalis air yang diperlukan.
Penyelenggaraan
Kami memberi rupa baru kepada lantai atau dinding lama anda dengan jubin baru dan kami juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan lain.
Kami menggabungkan pengetahuan produk dan kepakaran praktikal untuk memenuhi keperluan pelanggan yang melebihi jangkaan mereka setiap kali. Pasukan tukang rumah murah kami selalu memastikan kemasan berkualiti dicapai untuk setiap projek yang dilaksanakan. Kami bangga dengan kerja dan usaha kami yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan. Kepuasan pelanggan merupakan faktor terpenting dalam semua kerja yang dijalankan, tanpa mengira sama ada projek itu kecil atau besar.
Kami dapat memberi anda nasihat dan memenuhi permintaan anda. Kami menyediakan pemasangan lantai atau dinding mozek untuk tempat kediaman dan komersial dengan harga yang berpatutan. Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut mengenai kerja pemasangan jubin sekarang.
Mengapa Pilih Tukang Rumah Serbaboleh?
Penglibatan kami yang pelbagai kerja menunjukkan bahawa kami dapat menganalisis setiap masalah rumah dengan cepat dan tepat, dan dapat memberikan pengaturan yang berkualiti dan produktif. Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
Tenaga kerja kami yang cekap di Subang Jaya, Kepong dan Ampang sentiasa bersedia melayani anda. Kami menawarkan perkhidmatan tukang rumah yang terbaik dan cekap dengan kos yang berpatutan.
Khidmat Tukang Rumah Kami
Etika Kerja Kami
- Meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai aspek utama
- Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
- Memahami keperluan pelanggan kami bergantung kepada situasi dari perspektif mereka dan memberi nasihat untuk pengaturan terbaik
- Fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan
Testimoni
“ Pekerja anda yang berpengalaman telah membantu saya menukar mozek baru di bilik air rumah saya minggu lepas. Hasil kerjanya cantik sekali dan harganya turut berpatutan. Terima kasih! ”
Damien Lee
Hubungi Kami
DNTY Resources (LA0023651-W)
Telefon
Alamat
Block A-113 PSN Desa Serdang 2,
Taman Desa Serdang, 43300,
Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 9am - 6pm
"*" indicates required fields