Tukang Paip di KL & Selangor – Servis Paip Rumah Berpengalaman

tukang-paip-lembah-klang

Tukang paip di Kuala Lumpur dan Selangor ialah pakar yang anda perlukan untuk mengendalikan pemasangan, pembaikan dan penyelenggaraan sistem paip air di rumah.

Pasukan profesional kami di DNTY Resources mengendalikan masalah paip bocor, tandas tersumbat, sinki tersumbat, water heater, pam air dan tangki air untuk rumah teres, semi-D, banglo, kondominium dan pangsapuri. Hubungi kami untuk pemeriksaan dan sebut harga percuma sebelum kerja dimulakan.

Renovasi rumah, kerja pemasangan dan pembaikian oleh DNTY Resources (LA0023651-W), syarikat tukang rumah berdaftar berpusat di Seri Kembangan, Selangor.

Kami berpengalaman menangani projek rumah teres, semi-D, banglo, kondominium dan pangsapuri di seluruh Lembah Klang.

Servis Tukang Paip Yang Kami Sediakan

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan sistem paip untuk rumah kediaman. Sama ada masalah paip bocor, saliran air tersumbat ataupun pemasangan paip baru untuk renovasi, pasukan tukang paip kami bersedia membantu.

Baiki Paip Bocor

Kami membaiki paip bocor termasuk paip sinki di dapur dan bilik air, paip meter air, paip tandas serta paip tersembunyi di dalam dinding. Kami juga membaiki sambungan yang longgar dan gasket yang rosak. Pasukan kami akan melakukan pemeriksaan teliti pada kebocoran terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca masalah. Pembaikan awal penting bagi mengelakkan pembaziran air dan kerosakan pada dinding, kabinet serta lantai rumah.

Baiki Tandas Tersumbat

Tandas yang tersumbat boleh menyebabkan air turun dengan perlahan dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Sumbatan selalunya berlaku disebabkan tisu, rambut ataupun objek asing yang memasuki saluran air dan menghalang laluan air. Flush juga boleh menjadi tidak berfungsi sekiranya terdapat masalah saluran air yang tersumbat. Tukang paip kami boleh membantu memeriksa dan membuka semula sumbatan supaya air kembali berjalan dengan lancar. Untuk maklumat lengkap tentang jenis sumbatan dan cara penyelesaian, lihat halaman servis baiki tandas tersumbat kami.

Baiki Sinki Tersumbat

Sinki dapur tersumbat selalunya terjadi akibat pengumpulan minyak, lemak dan sisa makanan di dalam saluran paip. Sinki bilik air pula biasanya tersumbat disebabkan oleh rambut, sabun dan kotoran yang mengakibatkan air mengalir dengan perlahan. Kami akan membuka sumbatan pada sinki serta floor trap dan membersihkan kawasan itu bagi melancarkan semula aliran air. Untuk maklumat lanjut, lihat halaman servis baiki sinki tersumbat kami.

Pemasangan dan Pembaikian Water Heater

Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan dan pembaikan water heater untuk rumah kediaman. Untuk pemasangan baru, kami mengendalikan water heater jenis instant dan storage mengikut keperluan ruang serta sistem elektrik yang sedia ada. Kami juga membaiki water heater yang bocor, tidak panas, atau mempunyai masalah pendawaian. Lihat halaman servis pasang water heater dan baiki water heater kami untuk maklumat lanjut.

Pemasangan Tangki Air dan Pam Air

Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan tangki air pelbagai jenis termasuk poly dan stainless steel, serta pemasangan pam air booster bagi mengatasi masalah tekanan air yang rendah. Jika tangki air rumah anda sudah rosak, kami boleh menanggalkan tangki lama dan menggantikannya dengan yang baru. Kami juga menyediakan servis mencuci tangki air bagi memastikan bekalan air rumah anda sentiasa bersih. Untuk maklumat lanjut, lihat halaman servis pasang tangki air kami.

Kerja Paip Lain

Selain kerja pembaikan, kami juga menyediakan servis paip untuk pemasangan dan renovasi rumah termasuk memasang paip air baru, menukar pili air, menukar shower dan taps. Kami juga menyediakan servis memasang water filter dan membaiki masalah tekanan air yang rendah. Perkhidmatan kami merangkumi kerja paip untuk renovasi dapur dan bilik air.

Bila Anda Perlu Panggil Tukang Paip

Tidak semua masalah paip memerlukan tukang paip profesional. Sesetengah masalah ringkas boleh dicuba selesaikan sendiri, manakala masalah yang lebih serius memerlukan bantuan pakar untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

Masalah Yang Boleh Anda Cuba Selesai Sendiri

Sinki tersumbat ringan boleh dicuba dengan plunger atau campuran baking soda dan cuka. Tandas yang mengalir perlahan mungkin hanya memerlukan pemeriksaan pada mekanisme flush di dalam tangki. Tap air yang menitis selalunya berpunca dari washer yang sudah haus dan boleh ditukar sendiri jika anda mempunyai alat yang sesuai. Jika water heater tidak panas, periksa MCB atau breaker di kotak fius terlebih dahulu sebelum menghubungi tukang.

Masalah Yang Wajib Panggil Tukang Paip

Beberapa situasi memerlukan tukang paip profesional untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk dan kos pembaikan yang lebih tinggi:

Paip bocor di dalam dinding atau siling yang menyebabkan kesan lembap atau bintik hitam pada permukaan. Ini biasanya menunjukkan kebocoran yang sudah berlaku sekian lama dan memerlukan pemeriksaan lokasi yang tepat sebelum pembaikan.

Air kotor atau keruh yang keluar dari pili air, yang boleh menunjukkan paip berkarat atau masalah bekalan. Water heater yang bocor atau menunjukkan tanda karat pada badan unit. Tandas tersumbat teruk yang tidak dapat diselesaikan selepas 2 hingga 3 kali menggunakan plunger.

Kerja pemasangan atau pengubahsuaian laluan paip semasa renovasi dapur atau bilik air. Masalah pam air atau tekanan air rendah yang menjejaskan seluruh rumah. Bil air yang tiba-tiba naik tanpa sebab yang jelas, yang mungkin menunjukkan kebocoran tersembunyi.

Faktor Yang Mempengaruhi Kos Servis Tukang Paip

Kos servis tukang paip bergantung kepada beberapa faktor. Memahami faktor ini membantu anda merancang bajet sebelum menghubungi tukang paip.

Jenis dan tahap kerosakan. Kebocoran paip yang terlihat di bawah sinki biasanya lebih mudah dan cepat dibaiki berbanding paip tersembunyi di dalam dinding yang memerlukan pembukaan dinding dan tile. Kerja yang memerlukan penggantian keseluruhan bahagian paip juga lebih tinggi kosnya berbanding kerja pembaikan ringkas seperti menukar gasket atau washer.

Bilangan titik kerja. Kos untuk membaiki satu kebocoran berbeza dengan membaiki tiga atau empat titik kebocoran dalam satu lawatan. Semakin banyak titik kerja, semakin tinggi kos keseluruhan, tetapi kos per titik biasanya lebih rendah jika diuruskan serentak dalam satu lawatan.

Jenis bahan paip sedia ada. Rumah lama yang masih menggunakan paip besi galvani (GI pipe) mungkin memerlukan penggantian kepada paip PVC atau PPR yang lebih tahan lama. Kos penggantian jenis bahan paip lebih tinggi berbanding pembaikan paip PVC sedia ada yang hanya memerlukan sambungan baru.

Masa kerja. Servis pada waktu operasi biasa (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang) biasanya lebih rendah kosnya. Panggilan kecemasan pada waktu malam, hujung minggu atau cuti umum biasanya dikenakan caj tambahan.

Lokasi dan akses. Jarak perjalanan dan akses pada kawasan kerja juga mempengaruhi kos keseluruhan. Rumah di tingkat atas tanpa lif atau kawasan kerja yang sempit dan sukar dicapai mungkin memerlukan masa dan usaha tambahan.

Upah tukang paip biasanya tidak termasuk kos bahan. Kos upah dan kos bahan dicaj berasingan kerana setiap masalah memerlukan bahan dan komponen yang berbeza. Kami akan menerangkan keperluan kerja dan memberikan anda sebut harga terperinci sebelum memulakan kerja.

Proses Servis Tukang Paip Kami

Kami mengamalkan proses kerja yang jelas supaya anda tahu apa yang dijangka sebelum, semasa dan selepas kerja pembaikian paip.

Langkah 1: Hantar mesej WhatsApp dengan gambar atau video masalah.

Anda juga boleh menelefon terus ke 013-324-3434 untuk menerangkan masalah yang dihadapi.

Langkah 2: Terima anggaran kos dan masa.

Sebelum tukang paip kami tiba, kami akan memberi anggaran julat kos berdasarkan maklumat yang anda kongsikan. Ini membantu anda membuat keputusan tanpa tekanan.

Langkah 3: Tukang tiba dengan peralatan lengkap.

Pasukan kami datang pada masa yang dijanjikan dengan peralatan dan bahan asas yang diperlukan.

Langkah 4: Kerja disiapkan dan disemak.

Selepas kerja selesai, anda boleh memeriksa hasil kerja sebelum membuat bayaran.

Langkah 5: Bayar selepas puas hati. Kami menerima pelbagai kaedah bayaran termasuk tunai, bank transfer dan e-wallet.

 
 

Kenapa Pilih Servis Tukang Paip Kami

DNTY Resources (LA0023651-W) adalah syarikat tukang rumah berdaftar yang berpusat di Seri Kembangan, Selangor. Pasukan tukang paip kami telah menyediakan servis pembaikan dan pemasangan paip untuk rumah kediaman di seluruh Lembah Klang, termasuk Cheras, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Puchong, Kajang, Balakong, Semenyih dan Seri Kembangan.

Kami menyediakan sebut harga secara percuma dan menjanjikan harga yang telus tanpa sebarang caj tersembunyi. Hantar gambar atau video masalah paip anda melalui WhatsApp dan kami akan memberi anggaran kos sebelum tukang datang.

Selain servis tukang paip, kami juga menyediakan servis pasang tangki air, pasang water heater, baiki tandas tersumbat, baiki sinki tersumbat dan pelbagai kerja renovasi rumah lain. Ini menjimatkan masa anda kerana tidak perlu berurusan dengan beberapa kontraktor untuk projek rumah anda.

Hubungi kami melalui WhatsApp untuk berbincang tentang masalah paip rumah anda dan mendapatkan sebut harga percuma.

Soalan Lazim

Berapa upah tukang paip di Lembah Klang?

Upah tukang paip di Lembah Klang bergantung kepada jenis masalah, tahap kerosakan, bilangan titik kerja, bahan yang diperlukan dan masa kerja. Kami menyediakan sebut harga percuma melalui WhatsApp berdasarkan gambar atau video masalah anda sebelum tukang paip datang, supaya anda boleh membuat keputusan dengan maklumat yang jelas.

Adakah anda menyediakan servis tukang paip kecemasan?

Waktu operasi rasmi kami adalah Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang. Untuk kes kecemasan di luar waktu operasi, sila WhatsApp kami dan kami akan cuba aturkan tukang mengikut ketersediaan pasukan pada masa tersebut. Perkhidmatan kecemasan di luar waktu operasi biasanya dikenakan caj panggilan tambahan.

Berapa lama masa untuk baiki paip bocor?

Tempoh pembaikian paip bocor adalah bergantung kepada lokasi kebocoran. Paip bocor yang terlihat di bawah sinki atau di bilik air biasanya boleh siap dalam 1 hingga 2 jam. Paip bocor tersembunyi di dalam dinding yang memerlukan pembukaan dinding dan tile boleh mengambil masa 3 hingga 5 jam termasuk kerja tampal semula. Kami akan memberi anggaran masa selepas memeriksa keadaan sebenar.

Kenapa bil air rumah saya tiba-tiba naik?

Bil air yang naik mendadak tanpa perubahan penggunaan biasanya menunjukkan kebocoran paip tersembunyi. Kebocoran boleh berlaku pada paip di dalam dinding, di bawah lantai atau pada paip luar yang retak. Hubungi tukang paip untuk pemeriksaan supaya kebocoran dapat dikesan dan dibaiki sebelum bil air terus meningkat.

Adakah anda boleh bantu kerja renovasi bilik air atau dapur?

Ya, selain kerja tukang paip, kami juga menyediakan servis pemasangan dan pengubahsuaian laluan paip air, pemasangan sinki, pili air dan keperluan paip lain untuk renovasi bilik air dan dapur. Kami juga boleh menguruskan kerja berkaitan seperti pasang water heater dan pasang tangki air dalam projek renovasi yang sama.

Bolehkah saya dapatkan sebut harga sebelum tukang datang?

Boleh. Sila WhatsApp kami di 013-324-3434 dengan gambar atau video ringkas masalah paip anda. Kami akan cuba memberi anggaran julat kos berdasarkan gambar tersebut. Sebut harga tepat hanya dapat diberikan selepas tukang memeriksa lokasi kerja secara fizikal.

Adakah tukang paip anda berpengalaman?

Ya, syarikat kami DNTY Resources (LA0023651-W) adalah entiti perniagaan berdaftar. Pasukan tukang paip kami mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai jenis kerja paip untuk rumah kediaman di seluruh Lembah Klang.

Cara mengelakkan masalah paip pada masa hadapan?

Elakkan tuang minyak masak atau sisa makanan berlemak ke dalam sinki dapur kerana ia adalah punca utama sumbatan. Bersihkan floor trap sekurang-kurangnya sekali sebulan. Periksa paip yang terdedah setiap 3 hingga 6 bulan untuk kesan karat atau lembap. Untuk rumah yang berusia lebih 15 tahun, pertimbangkan pemeriksaan sistem paip menyeluruh oleh tukang paip profesional.

Di manakah kawasan liputan servis tukang paip anda?

Kami menyediakan servis tukang paip di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor termasuk kawasan Lembah Klang. Liputan servis bergantung pada jenis kerja yang diperlukan dan lokasi anda. Hubungi kami untuk mengesahkan ketersediaan di kawasan anda.

Khidmat Tukang Rumah Kami

Testimoni Pelanggan Tentang Khidmat Tukang Rumah Kami

Posted on Google Google
Akmam Harun profile picture
Akmam Harun
11 March 2026
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Workmanship bagus dan harga pun berpatutan. Berurusan pun senang dan boss akan sentiasa jawab sebarang pertanyaan. Kerja siap dalam jangka masa yg dijanjikan utk kerja kali ni iaitu betulkan pintu utama yg dah dah boleh tutup dan kunci dan ganti 11 points power switch lampu dan heater . Recommended.
Posted on Google Google
Kai Lim profile picture
Kai Lim
21 February 2026
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Fast service with affordable and reasonable price
Posted on Google Google
Muhd Afiq Redza Ahmad Phesal profile picture
Muhd Afiq Redza Ahmad Phesal
20 December 2025
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
very good work from the workers..super fast and neat..tq Yuvaraj for good communication and assist..reasonable pricing..if u need to clear your yard, please go find them..peace of mind..recommended
Posted on Google Google
Icy Ash profile picture
Icy Ash
6 November 2025
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Cepat dan berpatutan harga
Posted on Google Google
Aufa Johan profile picture
Aufa Johan
6 September 2025
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Yay they did their work pretty quickly and cleaned up after they’re done. On time. I switched lampu + they added a new one and it costs me rm 120. The staffs are very respectful too which is always good. Recommend.
Posted on Google Google
Farmiey Yusliza profile picture
Farmiey Yusliza
30 August 2025
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Best service.. buat kerja laju dan bersih.. cepat betul siap pasang tv memang pro.. thank you so much
Posted on Google Google
yuzri yaakob profile picture
yuzri yaakob
19 August 2025
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Prompt action, good servis ,polite staff and well explained on the issue . Thumbs up

Hubungi Kami

DNTY Resources (LA0023651-W)

Telefon

013-324-3434

Alamat

Block A-113 PSN Desa Serdang 2,

Taman Desa Serdang, 43300,

Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat 9am - 6pm

"*" indicates required fields