Khidmat Waterproofing Tandas di Kuala Lumpur dan Selangor
Mendapatkan khidmat waterproofing tandas professional di Kuala Lumpur dan Selangor adalah langkah penting bagi memastikan ruang bilik air sentiasa tahan lasak, selamat, dan bebas daripada masalah kebocoran.
Sama ada untuk rumah teres, kondo, atau pejabat, sistem waterproofing yang berkualiti dapat membantu melindungi lantai dan dinding tandas daripada masalah air.
Khidmat Waterproofing Tandas Yang Kami Sediakan:
- Waterproofing lantai tandas
Kami menyediakan servis waterproofing lantai tandas menggunakan kaedah total hack dan redo untuk hasil tahan lama. Kerja ini melibatkan pembukaan jubin, pemasangan lapisan waterproofing baru, dan pemasangan semula jubin yang mengambil masa 2 ke 3 hari.
- Waterproofing dinding tandas
Pemasangan sistem kalis air untuk dinding bilik air membantu mengelakkan masalah dinding lembap, cat mengelupas, dan pertumbuhan kulat akibat resapan air. Kami menggunakan bahan waterproofing berkualiti untuk melindungi permukaan dinding tandas anda.
- Pasang sealant silikon tandas
Pemasangan sealant silikon yang membantu menghalang air daripada meresap ke bahagian bawah atau tepi permukaan tandas. Kami juga menawarkan pemasangan sealant silikon pada bahagian sinki, bathtub, floor trap, dan celahan jubin tandas.
- Baiki kebocoran air tanpa hacking
Kaedah sistem waterproofing jenis overlap juga kami tawarkan untuk pelanggan yang tidak mahu memecahkan jubin bilik air yang sedia ada. Teknik ini lebih cepat, menjimatkan kos, dan sesuai jika bilik air anda mengalami kebocoran ringan hingga sederhana.
- Baiki floor trap bocor
Floor trap yang rosak atau longgar boleh menjadi punca utama air meresap ke tingkat bawah. Kami boleh memeriksa dan membaiki floor trap untuk pelbagai jenis tandas kediaman dan komersial.
- Waterproofing bilik air rumah lama
Jika bilik air rumah anda sudah lebih 10 tahun, kemungkinan besar lapisan kalis air anda tidak lagi efektif. Kami boleh membantu dengan menjalankan pemeriksaan bagi mengenal pasti punca masalah kebocooran air dan kaedah pemasangan waterproofing baru yang paling sesuai.
- Waterproofing jenis epoxy
Sistem waterproofing epoxy sesuai untuk pelanggan yang mahukan proses lebih cepat dan kemasan tahan lasak. Kaedah ini menggunakan salutan epoxy khas yang mampu memberikan perlindungan kalis air dan dapat diselesaikan dalam masa 1 hari bergantung dengan keluasan ruangan.
Tanda Waterproofing Tandas Rosak atau Masalah Air Bocor Yang Kami Uruskan
- Siling Rumah Bawah Ada Kesan Air
Kesan tompokan air, cat menggelembung, atau siling berwarna kekuningan pada rumah tingkat bawah biasanya menunjukkan terdapat kebocoran air dari tandas di tingkat atas.
- Jubin Tandas Sentiasa Basah
Jubin tandas yang sentiasa terasa basah, lembap, atau berair walaupun tandas tidak digunakan boleh menjadi tanda air sedang meresap dari bawah permukaan lantai.
- Dinding Tandas Berkulat Atau Lembap
Dinding tandas yang mula berkulat, bertukar warna, atau sentiasa lembap menandakan masalah resapan air yang boleh menjadi semakin serius jika dibiarkan.
- Bau Hapak & Lembapan
Bau hapak dan keadaan tandas yang terlalu lembap secara berterusan sering berpunca daripada kebocoran tersembunyi atau sistem waterproofing yang telah rosak.
- Air Bocor Ke Bilik Sebelah Atau Tingkat bawah
Kebocoran air boleh merebak ke bilik bersebelahan atau rumah di tingkat bawah jika waterproofing telah bocor. Untuk mengelakkan kebocoran seperti ini berlaku, hubungi kami untuk servis waterproofing tandas anda.
- Simen atau Jubin Retak
Simen atau jubin tandas yang retak boleh menjadi laluan utama air meresap masuk ke struktur lantai dan menyebabkan kebocoran berpanjangan.
- Floor Trap atau Saluran Air Bocor
Floor trap atau saluran air yang rosak, longgar, atau tidak dipasang dengan sempurna boleh menyebabkan air bocor ke bahagian bawah lantai tandas.
- Cat Mengelupas Berhampiran Tandas
Cat yang mula mengelupas, berkedut, atau bertukar warna di kawasan berhampiran tandas sering berlaku akibat kelembapan dan resapan air yang berterusan.
- Bil Air Tiba-Tiba Meningkat
Bil air yang meningkat secara tiba-tiba tanpa penggunaan yang berlebihan boleh menjadi petanda terdapat kebocoran air tersembunyi dalam tandas atau saluran paip.
Kerja waterproofing tandas yang dilakukan oleh tukang waterproofing professional dengan betul boleh dan mengatasi masalah kebocoran air untuk jangka masa panjang. Sama ada melibatkan rumah lama, condo, atau pejabat, kami boleh membantu dengan memberikan penyelesaian yang sesuai bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk.
Telefon atau Whatsapp tukang waterproofing kami hari ini.
Mengapa Pilih Tukang Rumah Serbaboleh?
Penglibatan kami yang pelbagai kerja menunjukkan bahawa kami dapat menganalisis setiap masalah rumah dengan cepat dan tepat, dan dapat memberikan pengaturan yang berkualiti dan produktif. Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
Tenaga kerja kami yang cekap di Subang Jaya, Kepong dan Ampang sentiasa bersedia melayani anda. Kami menawarkan perkhidmatan tukang rumah yang terbaik dan cekap dengan kos yang berpatutan.
Khidmat Tukang Rumah Kami
Etika Kerja Kami
- Meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai aspek utama
- Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
- Memahami keperluan pelanggan kami bergantung kepada situasi dari perspektif mereka dan memberi nasihat untuk pengaturan terbaik
- Fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan
Soalan Lazim
Berapa lamakah proses waterproofing tandas?
Proses waterproofing tandas biasanya mengambil masa sekitar 1 hingga 3 hari bergantung kepada jenis kerja, tahap kerosakan, dan kaedah waterproofing tandas yang digunakan.
Berapakah harga khidmat waterproofing tandas di Lembah Klang?
Harga servis waterproofing tandas di Lembah Klang bergantung kepada keluasan tandas, tahap kebocoran, jenis kerosakan, serta kaedah membaiki. Kos juga boleh dipengaruhi oleh sama ada kerja waterproofing dilakukan secara no hacking, overlap waterproofing, atau total hack dan redo.
Kenapa siling rumah bawah bocor?
Siling rumah bawah biasanya bocor akibat masalah kebocoran air dari tingkat atas yang telah mengalami kerosakan. Antara punca utama termasuk lapisan waterproofing yang rosak, floor trap bocor, jubin retak, atau paip saliran yang bermasalah.
Adakah tukang waterproofing anda perlu hacking jubin tandas lama untuk pasang waterproofing tandas yang baru?
Tidak semestinya, kerana terdapat juga kaedah no hacking waterproofing, yang tidak melibatkan pemecahan jubin tandas lama. Kaedah overlap waterproofing ini sesuai untuk masalah kebocoran air tertentu. Jika kerosakan lapisan kalis air lama terlalu serius atau melibatkan struktur bawah lantai, hacking mungkin diperlukan.
Berapa lamakah sistem kalis air tandas boleh bertahan?
Sistem kalis air tandas yang dipasang dengan betul menggunakan bahan berkualiti biasanya boleh bertahan sekitar 5 hingga 10 tahun atau lebih bergantung pada penggunaan dan penjagaan tandas.
Testimoni Pelanggan Tentang Khidmat Tukang Rumah Kami
Hubungi Kami
DNTY Resources (LA0023651-W)
Telefon
Alamat
Block A-113 PSN Desa Serdang 2,
Taman Desa Serdang, 43300,
Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 9am - 6pm
"*" indicates required fields