Tukang Waterproofing Bumbung di Kuala Lumpur dan Selangor
Kami menawarkan servis waterproofing bumbung di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor untuk perlindungan permukaaan bumbung daripada penembusan air dengan menggunakan bahan kalis air khas.
Kami mempunyai ramai pelanggan termasuk pemilik rumah teres dan pengurus bangunan komersial yang mendapatkan khidmat waterproofing bumbung kami bagi memastikan struktur bangunan mereka kukuh dan untuk mengelakkan masalah bumbung bocor.
Jenis Sistem Waterproofing Bumbung Yang Kami Gunakan Termasuk:
- PU Injection Waterproofing
Untuk sistem kalis air ini, kami akan menyuntik bahan polyurethane ke dalam rekahan atau celahan bumbung. Bahan berkenaan akan mengembang dan menutup ruang yang bocor.
- Torch On Membrane Waterproofing
Sistem membran kalis air yang dipasang menggunakan haba atau api bagi melekatkan lapisan bitumen pada permukaan bumbung. Ia digunakan pada kawasan yang mudah menakung air kerana mempunyai ketahanan tinggi terhadap cuaca panas dan hujan.
- Salutan Kalis Air Jenis Poliuretana
Ini ialah lapisan kalis air jenis cecair yang menghasilkan permukaan tanpa sambungan selepas kering. Ia mempunyai sifat elastik yang tinggi dan mampu menutup rekahan kecil pada bumbung.
- Waterproofing Jenis Akrilik
Salutan kalis air jenis akrilik mudah diaplikasikan dan cepat kering untuk melindungi bumbung daripada resapan air serta kerosakan akibat cuaca. Ia mempunyai daya tahan UV yang baik dan sering digunakan untuk rumah kediaman serta bangunan komersial.
- Waterproofing Berasaskan Simen
Untuk kawasan yang sering terdedah kepada kelembapan seperti bumbung konkrit, sistem kalis air yang berasaskan simen ini mampu menghalang penembusan air. Dengan kos yang efektif, ia sesuai untuk projek pembinaan baru dan kerja membaiki bumbung.
- Waterproofing Membran Jenis Bitumen
Sistem kalis air membran jenis bitumen mempunyai ketahanan dan daya lekatan yang tinggi. Kaedah waterproofing ini sering digunakan pada bumbung bangunan komersial, kilang, dan bumbung konkrit rata.
Masalah Bumbung Yang Kami Atasi
- Bumbung bocor ketika hujan
Masalah ini berlaku apabila lapisan kalis air yang ada sudah lama atau tidak dipasang dengan betul. Air hujan akan meresap masuk melalui rekahan kecil. Jangan biarkan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius pada struktur dalaman rumah.
- Siling berkulat dan ada tompokkan air
Keadaan ini berpunca daripada kelembapan berlebihan berkumpul pada lantai bumbung dan meresap ke siling dan menyebabkan tompokan kuning atau coklat pada yang menggalakkan pertumbuhan kulat yang boleh menjejaskan kesihatan. Dapatkan khidmat waterproofing bumbung kami sekarang.
- Retakan pada roof slab
Jika slab bumbung anda retak, air boleh masuk ke dalam struktur bumbung. Jika tidak dirawat, retakan akan menjadi semakin besar. Kerja waterproofing bumbung diperlukan untuk menutup dan menguatkan kawasan bumbung tersebut. Hubungi tukang waterproofing kami segera untuk membantu anda.
- Air bertakung atas bumbung
Air bertakung biasanya berlaku pada bumbung rata yang mempunyai sistem saliran air yang tidak efisien. Keadaan ini boleh mempercepatkan kerosakan lapisan kalis air. Penyelesaian yang kami tawarkan termasuk memperbaiki saliran dan menambah perlindungan kalis air.
- Kebocoran roof gutter
Gutter yang bocor atau tersumbat boleh menyebabkan air melimpah dan meresap ke dalam struktur bangunan. Jika tidak dibaiki, ia boleh merosakkan dinding dan siling bangunan.
- Kebocoran bumbung konkrit
Bumbung konkrit boleh mengalami kebocoran apabila lapisan pelindungnya haus atau retak. Air akan meresap masuk dan menjejaskan kekuatan struktur dalaman. Jika bangunan anda terdedah kepada cuaca ekstrem, hubungi kami untuk rawatan menggunakan sistem kalis air yang sesuai dan tahan lama.
- Lapisan kalis air lama rosak
Lapisan waterproofing yang lama boleh menjadi rapuh, retak, atau hilang keupayaan kalis air. Ini menyebabkan air mudah menembusi permukaan bumbung. Oleh itu, penggantian sistem kalis air diperlukan untuk perlindungan bumbung yang efektif.
Kebaikan Mendapatkan Khidmat Waterproofing Bumbung
- Mencegah Kebocoran Air
Lapisan kalis air membantu menghalang air daripada meresap masuk ke dalam struktur bumbung dan menutup rekahan dan sambungan yang berpotensi menjadi punca kebocoran air.
- Melindungi Struktur Bangunan
Sistem waterproofing akan bertindak sebagai lapisan pelindung untuk melindungi struktur bangunan untuk jangka masa panjang.
- Mengelakkan Pertumbuhan Kulat & Kelembapan
Air tidak akan meresap masuk dengan pemasangan waterproofing bumbung, jadi tiada pertumbuhan kulat.
- Menjimatkan Kos Pembaikian Bumbung Pada Masa Hadapan
Apabila anda mendapatkan sistem waterproofing yang berkualiti, masalah besar seperti bumbung bocor atau siling runtuh dapat dicegah lebih awal.
- Bumbung Bertahan Lebih Lama
Waterproofing bumbung membantu mengurangkan kesan panas, hujan, dan kelembapan supaya ianya tahan lebih lama walaupun terdedah kepada cuaca ekstrem.
- Mengurangkan Risiko Kerosakan Elektrik
Risiko kerosakan elektrik atau wiring dapat diminimumkan apabila sistem waterproofing dipasang dengan betul dan teliti.
- Menambah Nilai Hartanah
Bangunan yang bebas daripada masalah kebocoran air lebih menarik kepada pembeli atau penyewa rumah kerana ia mencerminkan penyelenggaraan yang berkualiti oleh tuan tanah. Ini boleh meningkatkan nilai pasaran hartanah tersebut dan memberi keyakinan kepada pemilik rumah yang baru.
Kerja waterproofing bumbung memainkan peranan penting dalam memastikan bangunan kekal selamat, tahan lama, dan bebas daripada masalah kebocoran air.
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah bumbung bocor atau ingin mendapatkan perlindungan kalis air untuk bumbung rumah anda, hubungi kami melalui telefon atau Whatsapp untuk pertanyaan waterproofing hari ini.
Mengapa Pilih Tukang Rumah Serbaboleh?
Penglibatan kami yang pelbagai kerja menunjukkan bahawa kami dapat menganalisis setiap masalah rumah dengan cepat dan tepat, dan dapat memberikan pengaturan yang berkualiti dan produktif. Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
Tenaga kerja kami yang cekap di Subang Jaya, Kepong dan Ampang sentiasa bersedia melayani anda. Kami menawarkan perkhidmatan tukang rumah yang terbaik dan cekap dengan kos yang berpatutan.
Khidmat Tukang Rumah Kami
Etika Kerja Kami
- Meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai aspek utama
- Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
- Memahami keperluan pelanggan kami bergantung kepada situasi dari perspektif mereka dan memberi nasihat untuk pengaturan terbaik
- Fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan
Soalan Lazim
Berapa lama waterproofing bumbung boleh tahan?
Jangka hayat kerja waterproofing bumbung biasanya antara 5 hingga 10 tahun, bergantung kepada jenis sistem kalis air yang digunakan dan kualiti pemasangan.
Berapa harga khidmat waterproofing bumbung?
Kos waterproofing bumbung bergantung kepada beberapa faktor seperti keluasan kawasan bumbung, kaedah waterproofing yang digunakan, dan tahap kerosakan sedia ada. Selain itu, akses ke kawasan bumbung dan kerumitan kerja juga mempengaruhi harga.
Kerja waterproofing sesuai untuk jenis bumbung apa?
Kerja waterproofing sesuai untuk pelbagai jenis bumbung seperti bumbung konkrit yang rata, bumbung metal deck, dan bumbung bertingkat (flat roof atau slab).
Apakah tanda waterproofing bumbung sudah rosak atau perlu ditukar?
Antara tanda utama terdapat masalah waterproofing bumbung ialah kebocoran air, tompokan air pada siling, dan pertumbuhan kulat. Selain itu, permukaan bumbung yang merekah, menggelembung, atau terkopek juga menunjukkan kerosakan. Air bertakung yang berpanjangan di atas bumbung juga petanda sistem kalis air yang lama tidak lagi berfungsi dengan baik.
Bolehkah kerja waterproofing bumbung dijalankan waktu musim hujan?
Kerja waterproofing bumbung masih boleh dijalankan bergantung kepada jenis sistem kalis air dan keadaan cuaca semasa. Namun, kerja pemasangan tidak digalakkan ketika hujan lebat kerana permukaan perlu kering untuk hasil kalis air yang optimum.
Testimoni Pelanggan Tentang Khidmat Tukang Rumah Kami
Hubungi Kami
DNTY Resources (LA0023651-W)
Telefon
Alamat
Block A-113 PSN Desa Serdang 2,
Taman Desa Serdang, 43300,
Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 9am - 6pm
"*" indicates required fields