Pasang Tangki Air Luar Rumah di Kuala Lumpur dan Selangor
Adakah anda mencari tukang pasang tangki air luar rumah murah di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor untuk kediaman anda? Pasukan kami boleh membantu anda.
Tangki air memainkan peranan besar sebagai simpanan air bersih untuk kegunaan harian seperti memasak, mandi, membasuh dan lain-lain. Antara sebab utama pemilik rumah perlu memiliki tangki air jenis plastik polietilena atau tangki jenis stainless steel adalah untuk memastikan bekalan air sentiasa stabil walaupun berlakunya gangguan bekalan air ketika itu.
Ciri-Ciri Tangki Air Jenis Polietilena – PE Atau Plastik
- Diperbuat daripada bahan plastik tahan lasak
Material jenis polietilena ini biasanya berwarna biru atau hitam dan diperbuat daripada bahan plastik yang tahan lasak, kukuh dan juga fleksibel. Ini membuatkan ia tahan lama dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
- Ringan dan mudah dipasang
Tangki air plastik lebih ringan dan mudah dialih dan dipasang tanpa perlu struktur sokongan yang berat atau dialih kemana-mana.
- Tidak berkarat
Tangki air polietilena tidak berkarat membuatkan ianya pilihan yang baik untuk diletakkan di ruang luar rumah bagi cuaca tropikal di Malaysia.
- Tahan haba dan UV (jika jenis UV-protected)
Dapatkan tangki air yang mempunyai ketahanan dari sinar UV untuk membuatkannya lebih bertahan daripada kerosakan cahaya matahari.
- Sesuai untuk rumah kos rendah hingga sederhana
Harga yang lebih mampu milik berbanding jenis tangki air yang lain, tanpa kompromi dari segi fungsi. Sesuai untuk pemilik rumah yang mencari pilihan yang bajet atau murah.
- Ketahanan 10 ke 20 tahun
Selalunya tangki air plastik dapat bertahan selama 10 ke 20 tahun jika dijaga dengan betul, dicuci dan diselenggara dengan baik.
Ciri-Ciri Tangki Air Jenis Stainless Steel / Keluli Tahan Karat
- Diperbuat daripada keluli tahan karat
Dengan tangki air jenis keluli ini, ia mempunyai jangka hayat yang panjang dan tidak akan berkarat.
- Penampilan moden
Tangki air jenis keluli tahan karat dapat membantu dalam memberikan rekaan moden dan juga elegan. Sesuai untuk rumah banglo, semi-D ataupun rumah yang mempunyai gaya yang moden dan reka bentuk yang estetik.
- Tahan lebih lama
Mempunyai kekuatan maksimum dan tidak mudah reput atau pecah jika terdapat tekanan air yang tinggi dan cuaca yang panas.
- Tidak menyerap bau
Menjaga kualiti kebersihan air yang lebih baik kerana sifatnya yang tidak menyerap bau.
- Lebih berat dan perlukan struktur sokongan kukuh
Tangki air jenis stainless steel memerlukan struktur tapak yang lebih kukuh bagi pemasangan yang selamat kerana berat tangki.
- Ketahanan lebih 20 tahun
Memberikan ketahanan lebih 20 tahun tanpa sebarang karat, membuatkan ianya adalah pelaburan jangka hayat yang panjang dan berbaloi untuk kediaman anda.
- Harga lebih tinggi
Pilihan premium yang baik bagi pemilik rumah yang mahukan kelebihan yang maksimum pada tangki air kediaman mereka.
Tips Memilih Tangki Air Untuk Rumah Anda
- Ruang untuk menempatkan tangki air
Tentukan lokasi pemasangan yang sesuai terlebih dahulu di rumah anda sama ada di luar rumah atau di atas bumbung rumah. Pastikan ruang untuk menempatkan tangki air itu mencukupi.
- Pilihan kapasiti tangki
Menilai kapasiti tangki yang diperlukan bergantung pada kegunaan harian keluarga. Tangki yang kecil dan sederhana sesuai untuk keluarga kecil (2 ke 4 orang) tetapi bagi keluarga besar, anda mungkin memerlukan tangki air yang besar.
- Periksa spesifikasi tangki air
Ketahui jenis bahan, saiz sambungan paip, lapisan UV dan juga ketahanan bahan sebelum memilih dan membeli tangki air.
- Tahap kestabilan bekalan air di kawasan rumah
Adakah kawasan rumah ada sering ada gangguan air atau bekalan air yang tidak stabil? Jika ya, anda perlu memilih tangki air yang lebih besar bagi simpanan mencukupi.
- Bajet
Tentukan bajet anda dengan bijak. Tangki air jenis plastik sesuai untuk bajet yang sederhana, manakala tangki jenis stainless steel pula untuk yang mempunyai bajet yang lebih tapi boleh dijadikan pelaburan jangka masa yang panjang.
Kebaikan Memilih Khidmat Pasang Tangki Air Rumah Syarikat Kami
- Nasihat tentang jenis tangki yang sesuai
Kami dapat memberikan nasihat secara percuma tentang jenis tangki yang bersesuaian dengan gaya hidup, bajet dan juga kapasiti keluarga anda.
- Servis tangki air menyeluruh
Kami menawarkan servis tangki air yang menyeluruh termasuk pemasangan, pembaikian dan juga servis cuci tangki air rumah secara berkala.
- Harga pasang tangki air murah
Harga upah pasang tangki air kami adalah murah dan mampu milik buat semua.
- Kepuasan pelanggan
Kami mementingkan kepuasan pelanggan kami. Kami akan memastikan pemasangan tangki air luar rumah pelanggan kami tepat dan juga terbaik.
Harga / Kos Pemasangan Tangki Air Rumah Bergantung Kepada Faktor-Faktor Berikut
- Saiz tangki
Harga kos pemasangan tangki air rumah di pasaran adalah dalam RM800 ke RM2,000 bergantung pada saiz tangki yang dipilih. Semakin besar saiz sebuah tangki, semakin mahal kos pemasangannya.
- Jenis tangki air
Jenis tangki juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kos pemasangan tangki air rumah. Jenis tangki yang plastik selalunya lebih murah berbanding stainless steel.
- Lokasi pemasangan tangki air
Lokasi pemasangan juga mempengaruhi harga kos upah pemasangan tangki air. Semakin tinggi atau lebih susah akses ke ruang pemasangan tangki air, semakin tinggi kos upah pasang tangki air contoh sperti atas bumbung, bawah rumah, atau kawasan luar rumah.
- Keperluan sambungan paip
Harga pemasangan mungkin berbeza jika tangki air yang dipasang memerlukan sambungan paip tambahan.
Sila telefon atau hantar Whatsapp kepada kami sekarang untuk servis pasang tangki air di rumah anda hari ini.
Mengapa Pilih Tukang Rumah Serbaboleh?
Penglibatan kami yang pelbagai kerja menunjukkan bahawa kami dapat menganalisis setiap masalah rumah dengan cepat dan tepat, dan dapat memberikan pengaturan yang berkualiti dan produktif. Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
Tenaga kerja kami yang cekap di Subang Jaya, Kepong dan Ampang sentiasa bersedia melayani anda. Kami menawarkan perkhidmatan tukang rumah yang terbaik dan cekap dengan kos yang berpatutan.
Khidmat Tukang Rumah Kami
Etika Kerja Kami
- Meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai aspek utama
- Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
- Memahami keperluan pelanggan kami bergantung kepada situasi dari perspektif mereka dan memberi nasihat untuk pengaturan terbaik
- Fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan
Soalan Lazim
Tangki air jenis mana paling sesuai untuk rumah teres?
Tangki politena atau tangki jenis gentian kaca adalah pilihan yang terbaik bagi rumah teres kerana sifatnya ringan dan mudah dipasang pada kawasan yang terhad. Ia juga tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar.
Testimoni
“ Terima kasih untuk kerja pemasangan tangki air plastik hitam di rumah teres saya di Shah Alam minggu lepas. ”
Encik Adam
Hubungi Kami
DNTY Resources (LA0023651-W)
Telefon
Alamat
Block A-113 PSN Desa Serdang 2,
Taman Desa Serdang, 43300,
Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 9am - 6pm
"*" indicates required fields