Tukang Pasang Wainscoting di Kuala Lumpur dan Selangor
Kami menyediakan perkhidmatan tukang pasang wainscoting murah untuk kediaman di sekitar Kuala Lumpur, Kepong dan kawasan lain di Selangor. Wainscoting adalah teknik hiasan pada dinding yang biasanya melibatkan pemasangan panel pada bahagian bawah dinding, atau separuh dinding ataupun keseluruhan permukaan dinding.
Wainscoting dapat memberikan konsep yang lebih mewah dan juga klasik pada ruang rumah anda. Bukan sahaja memberi gaya yang menarik, malah ia juga dapat memberikan perlindungan tambahan pada dinding rumah anda. Panel wainscoting dapat memberikan perubahan ketara kerana ia menambahkan tekstur, kedalaman dan juga elemen visual pada ruang dinding anda. Disebabkan itulah, wainscoting telah menjadi pilihan utama buat pemilik kediaman yang inginkan kelainan pada kediaman mereka sekarang.
Perkhidmatan Pemasangan Wainscoting Kami Termasuk:
- Pemasangan Wainscoting Dinding Penuh
Meliputi pemasangan wainscoting pada dinding secara penuh yang memberi kesan yang lebih dramatik dan eksklusif. Ia juga dapat memberikan impak mewah pada ruang kediaman anda.
- Wainscoting Separuh Dinding
Memberikan gaya klasik pada kediaman anda dan selalunya dipasang di ruang tamu, bilik tidur dan juga koridor rumah.
- Wainscoting di Feature Wall
Wainscoting di feature wall adalah pilihan yang paling utama dimana ia memberikan fokus pada satu dinding utama dalam satu bilik.
Jenis Bahan Wainscoting Yang Kami Tawarkan
- Kayu
Pilihan wainscoting jenis kayu paling utama adalah kayu jenis nyatoh, jati dan juga merbau kerana sifatnya yang tahan lama. Namun, kos untuk wainscoting jenis kayu adalah lebih mahal.
- Medium-density fiberboard (MDF)
MDF panel lebih terkenal dengan teksturnya yang licin, tahan lama dan juga mudah untuk dicat. Kos MDF juga lebih mampu milik berbanding wainscoting jenis kayu.
- Papan Plywood
Papan plywood dapat memberikan gaya seperti kayu. Ia amat sesuai untuk pelbagai jenis reka bentuk dan juga lebih tahan lama.
- PVC
Wainscoting jenis PVC adalah pilihan yang paling terbaik untuk dipasang pada ruang yang lembap seperti bilik air, dapur dan juga lain-lain kerana bahan PVC tahan air dan mudah diselenggara.
Kebaikan Memasang Wainscoting Di Kediaman Anda
- Daya tarikan estetik
Wainscoting memberikan tekstur, kedalaman dan juga elemen visual yang menarik pada dinding. Selain memberikan daya tarikan estetik pada sesetengah ruang, ia juga dapat memberikan suasana yang lebih mewah dan penuh karakter di ruang tamu, bilik tidur dan ruang makan. Dengan daya tarikan estetik yang menarik, ia juga dapat meningkatkan nilai hartanah kediaman anda.
- Melindungi dinding daripada kerosakan
Panel wainscoting bukan sahaja dapat memberikan gaya yang menarik pada kediaman anda, ia juga dapat melindungi dinding anda daripada kerosakan seperti kesan hentakan, calar dan juga sebarang kekotoran. Ianya amat mudah dibersihkan dan mudah diselenggara berbanding cat biasa di dinding.
- Tingkatkan Kualiti Akustik
Sesetengah bahan yang digunakan untuk panel wainscoting dapat menyerap bunyi dan meredakan gema di dalam bilik. Ini akan menghasilkan suasana yang lebih tenang dan menyenangkan pada ruang anda terutamanya di ruang pejabat kecil, studio mahupun bilik tidur.
Kenapa Pilih Kami Khidmat Tukang Wainscoting Kami?
- Tukang wainscoting berpengalaman dan mahir
Tukang wainscoting kami di Lembah Klang, Cyberjaya dan Putrajaya mempunyai kepakaran dan juga pengalaman dalam melakukan kerja-kerja wainscoting untuk rumah bagi memastikan pemasangan tepat dan juga kemas.
- Reka Bentuk Kustom Mengikut Rumah
Kami boleh mereka bentuk wainscoting berdasarkan konsep interior design yang anda pilih. Tidak kira jika konsepnya adalah jenis klasik atau apa-apa jenis konsep yang menunjukkan kontras dalam bilik, kami dapat menyesuaikannya mengikut kehendak pelanggan.
- Material berkualiti tinggi
Kami hanya menggunakan panel wainscoting yang tahan lama dan berkualiti.
- Harga pemasangan wainscoting berpatutan
Harga servis wainscoting termasuk pilihan bajet yang lebih murah bergantung kepada keperluan, saiz dan juga ruangan rumah.
- Jaminan hasil kerja
Kami memberikan jaminan hasil kerja wainscoting yang baik.
- Servis cepat dan kemas
Servis wainscoting kami dijamin siap pada masa yang telah dijanjikan tanpa mengabaikan kualiti.
- Sebut harga percuma
Kami menawarkan penilaian tapak dan juga sebut harga percuma untuk khidmat pemasangan wainscoting.
Harga / Upah Kerja Tukang Wainscoting Rumah di Lembah Klang Bergantung Kepada:
- Keluasan kawasan pemasangan
Harga kos upah kerja tukang pasang wainscoting kami bergantung kepada keluasan kawasan di mana wainscoting perlu dipasang. Semakin luas kawasan, semakin tinggi kos pemasangan wainscoting.
- Jenis wainscoting dan bahan wainscoting yang digunakan
Jenis wainscoting dan bahan yang dipakai juga memberi kesan pada harga kos upah kerja tukang pasang wainscoting. Kos wainscoting jenis kayu adalah lebih mahal berbanding jenis MDF atau PVC.
- Jenis kemasan cat untuk wainscoting
Kami juga akan akhiri hasil kerja wainscoting kami dengan proses mengecat untuk sentuhan akhir supaya nampak lebih kemas dan juga profesional. Pemilihan jenis cat kemasan untuk wainscoting juga mempengaruhi kos keseluruhan. Pilihan kemasan matte, satin atau glossy akan lebih mahal berbanding cat biasa.
- Lokasi kediaman dan akses ke ruang pemasangan
Kos mungkin akan berbeza bergantung pada kerumitan akses dan juga logistik.
Jika anda mencari tukang pasang wainscoting yang profesional dan efisien di Ampang, Damansara atau Shah Alam, kami adalah pilihan yang terbaik buat anda.
Sila hubungi kami melalui telefon, whatsapp atau emel untuk sebut harga percuma untuk servis wainscoting di rumah anda sekarang!
Mengapa Pilih Tukang Rumah Serbaboleh?
Penglibatan kami yang pelbagai kerja menunjukkan bahawa kami dapat menganalisis setiap masalah rumah dengan cepat dan tepat, dan dapat memberikan pengaturan yang berkualiti dan produktif. Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
Tenaga kerja kami yang cekap di Subang Jaya, Kepong dan Ampang sentiasa bersedia melayani anda. Kami menawarkan perkhidmatan tukang rumah yang terbaik dan cekap dengan kos yang berpatutan.
Khidmat Tukang Rumah Kami
Etika Kerja Kami
- Meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai aspek utama
- Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
- Memahami keperluan pelanggan kami bergantung kepada situasi dari perspektif mereka dan memberi nasihat untuk pengaturan terbaik
- Fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan
Testimoni
“ Terima kasih untuk kerja pasang wainscoting kayu di ruang tamu dan ruang makan di rumah saya. Hasil kerja yang kemas dan bahan berkualiti digunakan. Adalah tukang wainscoting yang saya syorkan. ”
Puan Sabrina
Hubungi Kami
DNTY Resources (LA0023651-W)
Telefon
Alamat
Block A-113 PSN Desa Serdang 2,
Taman Desa Serdang, 43300,
Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 9am - 6pm
"*" indicates required fields