Tukang Cat Rumah di Kuala Lumpur dan Selangor

tukang-cat-rumah-lembah-klang

Adakah anda sedang mencari tukang cat rumah yang berpengalaman untuk kediaman anda di Kuala Lumpur atau Selangor. Syarikat kami dapat menyediakan perkhidmatan cat rumah profesional untuk kediaman anda. 

Perkhidmatan cat rumah kami merangkumi pelbagai jenis rumah termasuk rumah pangsapuri, rumah banglo, teres, kondominium dan juga rumah flat. Mengecat rumah bukan sahaja meningkatkan penampilan kediaman anda, tetapi juga dapat memberikan perlindungan tambahan kepada struktur rumah daripada kerosakan dan juga kesan cuaca dan masa. Dengan mengupah tukang cat rumah kami, anda tidak perlu risau lagi.

Kepentingan Mengecat Rumah

  • Menaikkan seri dan nilai estetika

Mengecat rumah dapat memberikan wajah baru pada rumah selain dari mengubahsuai rumah anda. 

  • Melindungi permukaan rumah daripada cuaca dan kerosakan

Lindungi permukaan rumah terutamanya dinding luar rumah daripada kesan cuaca seperti kulat, hujan, panas matahari dan juga kerosakan yang lain dengan lapisan cat yang baru. 

  • Meningkatkan nilai hartanah

Anda boleh mengecat rumah sebelum menjual atau menyewakan rumah anda untuk meningkatkan nilai hartanah dan menampakkan sesebuah rumah nampak lebih mahal, baru dan juga cantik.

Perkhidmatan Tukang Cat Rumah Yang Kami Tawarkan 

  • Khidmat cat dalam rumah 

Kami menyediakan perkhidmatan cat di dalam rumah seperti ruang bilik, siling, dinding dan juga ruang yang ingin dijadikan feature wall serta pintu.

  • Cat keseluruhan rumah 

Tukang cat rumah kami juga menawarkan perkhidmatan cat kediaman yang menyeluruh termasuk servis mengecat siling dan dinding di dapur, bilik tidur, bilik air dan keseluruhan ruang tamu.

  • Cat luar rumah 

Kami juga menyediakan perkhidmatan cat balkoni, dinding luar rumah, pagar, gril dan juga struktur luar rumah. 

  • Kerja mengecat semula

Selain menyediakan perkhidmatan mengecat rumah baru, kami juga menyediakan perkhidmatan mengecat semula untuk rumah yang lama mahupun rosak.

  • Tanggalkan cat lama dan rawatan permukaan

Pekerja kami akan menilai keadaan permukaan yang perlu dicat dan membuat kerja meratakan permukaan dinding atau siling dan menampal lubang-lubang kecil sebelum memulakan kerja mengecat.

Kelebihan Mengupah Pakar Cat Rumah Yang Profesional 

  • Hasil kerja lebih kemas dan berkualiti tinggi

Tukang cat rumah yang berpengalaman dapat menghasilkan kerja yang lebih kemas dan berkualiti tinggi tanpa sebarang kesan comot mahupun meninggalkan kesan kotor.

  • Menjimatkan masa dan tenaga

Mengupah tukang cat profesional dapat menjimatkan masa dan juga tenaga anda, terutamanya jika melibatkan kawasan cat yang luas. 

  • Pengetahuan tentang jenis cat yang sesuai

Pakar cat rumah dapat memberikan nasihat tentang jenis cat yang sesuai untuk kediaman anda supaya ianya dapat menghasilkan kesan cat yang lebih baik.  

  • Kelengkapan dan peralatan mengecat yang lengkap

Pasukan mengecat rumah yang profesional selalunya mempunyai semua kelengkapan mengecat dan juga alatan-alatan yang lengkap. Ini dapat membantu meringankan beban anda dari membeli alatan yang baru dan mengelakkan pembaziran.

  • Jaminan kerja dan keselamatan

Syarikat cat kediaman yang profesional sudah semestinya pasti akan dapat memberikan jaminan kerja yang terbaik serta memberi keutamaan dalam aspek keselamatan semasa kerja dijalankan. 

Proses Kerja Tukang Cat Rumah Kami 

Langkah 1: Lawatan tapak dan anggaran kos cat rumah

Tukang cat rumah kami akan memulai proses kerja dengan menjalankan lawatan tapak dan memberikan anggaran kos kepada anda untuk kawasan yang perlu dicat terlebih dahulu. 

Langkah 2: Persediaan permukaan untuk dicat

Setelah semua dipersetujui, tukang cat rumah kami akan membuat persediaan untuk permukaan kawasan yang ingin dicat, seperti mencuci kawasan tersebut, menampal lubang-lubang kecil dan membaiki kerosakan dan juga membuat permukaan yang kasar menjadi licin. 

Langkah 3: Proses mengecat 

Tukang cat rumah kami akan memulaikan proses mengecat bermula dengan mengecat lapisan primer terlebih dahulu, diselingi dengan lapisan utama dan juga sentuhan cat yang akhir. 

Langkah 4: Pemeriksaan dan kemas kawasan selepas kerja

Setelah selesai mengecat, tukang cat rumah kami akan melakukan pemeriksaan terakhir dan mengemas kini kawasan selepas selesai kerja. 

Tips Memilih Tukang Cat Rumah

  • Lihat pengalaman dan hasil kerja sebelum ini

Tips pertama yang harus dilakukan sebelum memilih tukang cat rumah ialah menilai pengalaman mereka, hasil kerja mengecat yang telah mereka lakukan sebelum ini dan membaca ulasan pelanggan mereka terlebih dahulu. 

  • Bandingkan harga cat rumah

Bandingkan harga cat rumah yang ditawarkan supaya anda mendapat pakej cat rumah yang berpatutan dan hasil kerja berkualiti.

  • Pastikan penggunaan cat yang berkualiti dan tahan lama

Pastikan penggunaan cat adalah yang berkualiti dan juga tahan lama bagi memastikan ketahanan cat di rumah anda dan juga memastikan kualiti kerja yang terbaik. 

  • Semak tempoh jaminan kerja

Penting untuk menyemak tempoh jaminan kerja setelah kerja mengecat selesai sekiranya berlaku apa-apa masalah yang perlu dibaiki.

Harga Atau Upah Kerja Tukang Cat Rumah di Lembah Klang Bergantung Kepada:

  • Keluasan kawasan yang perlu dicat

Harga ataupon upah kerja tukang cat rumah bergantung kepada keluasan kawasan yang perlu dicat. Semakin besar dan luas sesetengah kawasan itu, semakin tinggi upah cat rumah. 

  • Jenis dan keadaan permukaan yang perlu dicat

Jenis dan juga keadaan permukaan yang perlu dicat juga memainkan peranan penting dalam kos mengecat rumah. Permukaan yang sukar di cat seperti kotor, kasar dan juga mempunyai banyak kerosakan akan meningkatkan harga servis tukang cat rumah kerana ia memerlukan lebih kerja untuk meratakan permukaan yang perlu dicat terlebih dahulu. 

  • Jenis cat dan jenama

Jenis cat dan juga jenama sesetengah cat juga mempengaruhi kos upah tukang cat. Biasanya bahan cat disediakan oleh pelanggan, akan kami juga boleh menyediakan cat untuk pelanggan.   

  • Lokasi dan akses ke tapak kerja 

Lokasi dan juga akses ke tapak kerja juga mempengaruhi harga khidmat tukang cat seperti dikawasan yang tinggi iaitu siling dan juga bumbung rumah. 

Jangan runsing lagi dan pilihlah tukang cat rumah kami segera untuk perkhidmatan mengecat rumah ke rumah yang efisien, berkualiti dan juga profesional di Shah Alam, Cheras dan Kajang.

Jangan tunggu lagi, segera hubungi pakar cat rumah kami melalui telefon, Whatsapp, email untuk mendapatkan sebut harga servis cat rumah secara percuma! 

Mengapa Pilih Tukang Rumah Serbaboleh?

Penglibatan kami yang pelbagai kerja menunjukkan bahawa kami dapat menganalisis setiap masalah rumah dengan cepat dan tepat, dan dapat memberikan pengaturan yang berkualiti dan produktif. Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik

Tenaga kerja kami yang cekap di Subang Jaya, Kepong dan Ampang sentiasa bersedia melayani anda. Kami menawarkan perkhidmatan tukang rumah yang terbaik dan cekap dengan kos yang berpatutan.

Khidmat Tukang Rumah Kami

kerja-pemasangan-image

Kerja Pemasangan

tukang-paip-image

Tukang Paip

Etika Kerja Kami

  • Meletakkan keperluan pelanggan kami sebagai aspek utama
  • Berkongsi pendapat dengan pelanggan secara berterusan untuk mencapai hasil yang terbaik
  • Memahami keperluan pelanggan kami bergantung kepada situasi dari perspektif mereka dan memberi nasihat untuk pengaturan terbaik
  • Fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan

Soalan Lazim

Berapa lama biasanya proses mengecat rumah?

Biasanya 1 ke 3 hari, bergantung kepada saiz rumah, jenis kerja dan juga cuaca. Rumah yang lebih besar atau permukaan yang memerlukan rawatan khas terlebih dahulu akan mengambil masa lebih lama dari yang dijangka.

Anda saya perlu mengosongkan rumah semasa kerja mengecat dijalankan?

Tidak semestinya, tetapi amat disarankan bagi memudahkan proses dan mengelakkan cat terkena pada perabot, pakaian dan juga barang-barang berharga. Selain itu, pelanggan juga dapat melindungi barang dengan menutup barang dengan plastik mahupun mengalihkan barang-barang yang penting terlebih dahulu.

Jenis cat apa yang sesuai untuk rumah saya?

Tukang cat kami boleh menasihati anda berdasarkan permukaan, lokasi (luar atau dalam rumah), warna yang diinginkan dan juga pada keperluan khas seperti cat yang tahan lasak, kalis kulat dan lain-lain. 

Adakah tukang cat anda akan menyediakan cat atau pelanggan perlu beli sendiri?

Kedua-duanya boleh. Kami boleh menyediakan semua bahan seperti alatan, bahan-bahan mengecat dan juga termasuk cat atau pelanggan juga boleh menyediakan cat sendiri mengikut bajet dan juga jenama pilihan mereka.

Testimoni

“ Terima kasih kepada tukang cat syarikat anda yang memberikan rumah saya wajah baru dengan warna cat yang ceria dan berkualiti. ”

Misya

Hubungi Kami

DNTY Resources (LA0023651-W)

Telefon

013-696-5088

Alamat

Block A-113 PSN Desa Serdang 2,

Taman Desa Serdang, 43300,

Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat 9am - 6pm

"*" indicates required fields